Monday, February 7, 2011

Kehilangan

abg aku Mohd Faiz bin Ab. Wahab telah kembali ke rahmattullah pada 29.01.2011 jam 4.35 petang... moga dia ditempatkan dikalanagan orang2 yang beriman.... al-fatihah....

Wednesday, July 28, 2010

Test Tone by Aviolus


Bersama Kadet Polis... 2009


at masjid beijing rantau panjang



Permandangan laut




Saturday, February 13, 2010

Malas Adalah Fitrah Semulajadi Manusia

Malas adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang ada sifat malas dalam diri. Tak kiralah kita ni seorang perdana menteri ker, atau seorang bisnesman, atau seorang pelajar atau seorang pegawai kerajaan atau hanya seorang kuli saja. Sifat malas memang ada. Kerana apa? Kerana adanya sifat malas itu membuktikan manusia itu lemah dan tidak sempurna. Yang sempurna dan tidak lemah hanyalah ALLAH ta’ala.

Yang penting bagi kita ialah, bagaimana kita dapat mengatasi rasa malas tersebut? Bagaimana kita dapat mengambil manfaat atau hikmah dari sifat malas yang ada dalam diri kita?

Kita kena belajar melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Pandanglah sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang lebih baik.


Adeh, malasnye den nak bangun....

Malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.

Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.


Pokoknya, apakah cara atau teknik yang boleh diamalkan untuk mengatasi rasa malas ini??

Pengalaman saya, kalau saya ada banyak kerja yang perlu dilakukan hari tu, maka perasaan malas tu memang menjadi-jadi. Aduh, susah betul nak bangkit dari katil dan terus ke bilik mandi. Lebih-lebih lagi ada banyak kerja tertangguh yang belum disiapkan hari semalam. Lagi la malas rasanya.

Bagi mengatasi perasaan malas masa bangun tidur macam tu, apa saya buat ialah, saya cuba kurangkan berfikir tentang kerja, sebaliknya saya akan fokuskan fikiran saya pada jadual aktiviti yang menyeronokkan yang akan saya lakukan hari tu.

Kalau dulu, bangun saja dari tidur, saya akan duduk atas katil, termenung memikirkan jadual kerja dan memikirkan senarai tugasan yang akan saya lakukan hari tu. Ini sebenarnya menyebabkan perasaan malas semakin menebal dalam diri saya. Masa termenung jadi panjang. Susah benar saya nak bangun dari katil dan pergi ke bilik air.

Tapi sejak saya latih diri saya untuk kurangkan fikir tentang kerja, sebaliknya fikir tentang aktiviti menyeronokkan (seperti temujanji dinner dengan awek) ker, saya dapat merasakan rasa malas tu hilang. Malah saya jadi lebih bersemangat. Masa berangan atau termenung lepas tidur pun jadi singkat. Saya mudah untuk segera bangkit dari katil dan pergi ke bilik air.

Itulah tips atau teknik yang saya amalkan bagi mengatasi perasaan malas ketika bangun dari tidur. Ia sangat berkesan pada saya. Cuma, teknik ini memerlukan latihan. Kena latih diri setiap hari. Kena paksa otak untuk tidak fikirkan jadual kerja bila bangun kerja, sebaliknya arahkan otak untuk fokuskan pada jadual aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Lakukan hari-hari, sampai satu peringkat nanti, dengan sendirinya apabila anda bangun saja dari tidur, secara automatik, otak anda akan fikirkan aktiviti yang menyeronokkan hari tu. Haaa, masa tu, saya jamin, anda tidak akan lagi rasa malas masa bangun tidur. Malah anda akan jadi lebih bersemangat dan lebih bermotivasi.

Tak percaya? Cubalah….


Tuesday, January 19, 2010

My Babies....



Sementara tnggu result SPM aku wt keje part time dngn pak sedara aku... Ternak Ayam Daging....
Sebanyak 26oo ekor anak ayam ini...
Ayam ni akan membesar dlm masa 40 hari...

Ini lah anak2 ku.hehehe
Yg berada d tapak tngn aku ni lah yg pling cute skali...hehehe







Ni hari pertama anak ayam ni berada dia atas reban...
Sementara itu ini hari kedua anak2 ni hidup di atas dunia...
Spupu aku kata anak ayam ni bru menetas semalam (18.01.10)
Manakala tarikh ia dimasukkan d reban (19.01.10)...

Sekian.....hehehehe

Friday, December 25, 2009

Kerana Mulut,Badan Binasa....

Aku tersilap ckp dngn seseorang...
krana mulut aku badan binasa....
adoiyai....
mcm ne nk pjuk blik org yg kte wt slh eh ???
tp nk wt cm ne,org kte lidah dah gigi lg tergigit ni manusia biasa lg la bnyk wt salah...

Wednesday, December 16, 2009

CinTa ???

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah
jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis
amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan! kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia
sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum
100% mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatahanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA...

Thursday, December 10, 2009